KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN

Kuliah yang sedang disampaikan oleh Dato' Dr. Harun Din.

KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN

Jemaah yang hadir ke masjid dianggarkan 1500 orang.

KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN

Jamuan turut disediakan kepada yang hadir setelah selesai majlis.

KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN

Suasana perkarangan Masjid Al-Hidayah di kala senja, pada hari tersebut.

KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN

Para yang hadir mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Dato'.

Sunday 6 July 2014

BENGKEL PENYEDIAAN PORTAL MASJID PERLIS

Padang Katong, 5 Julai 2014



Satu Bengkel Penyediaan Potal Masjid Negeri Perlis telah diadakan di Masjid Al Arifin, Padang Katong, Kangar. Wakil Masjid Al-Hidayah dari Biro Informasi & Teknolgi iaitu En. Roswira B. Ramli, turut dijemput bagi menyertai bengkel tersebut.
Tujuan Bengkel adalah untuk menghasilkan kata putus bagi draf kandungan serta wajah Portal Masjid Negeri Perlis.
Portal tersebut dibina bagi menjadi satu medan perkongsian maklumat seluruh masjid-masjid di negeri Perlis ini.
Portal : http://www.komunitimasjidperlis.org

Saturday 28 June 2014

TAKWIM SOLAT & WAKTU BERBUKA PUASA PERLIS


# RALAT : 1434 ke 1335H  ( Takwim ini bagi tahun 1435/2014 )

Saturday 21 June 2014

KULIAH MAGHRIB BERSAMA DATO' DR. HARUN DIN



Sabtu, 21 Jun - Masjid AlHidayah telah mengadakan Kuliah Maghrib yang di sampaikan oleh Dato' Dr. Harun Din. Program tersebut dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang telah diimamkan oleh beliau. Seterusnya kuliah Maghrib yang menyentuh tentang prinsip kita sebagai seorang yang muslim serta sedikit tazkirah mengenai menjelang Ramadhan. Setelah selesai kuliah serta solat isyak, jawatankuasa Masjid telah menyediakan sedikit juadah malam untuk para tetamu yang hadir. Semua persiapan diadakan secara gotong royong oleh ahli Qaryah. Pada malam resebut dianggarkan hampir 1500 orang yang hadir membanjiri kawasan masjid.