PIAGAM PELANGGAN


1.    Kami bersedia menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
2.    Kami menyediakan pengajian, kursus dan latihan untuk membina sahsiah individu, keluarga dan masyarakat.
3.    Kami menggalakkan program-program yang berlandaskan syariat bagi mewujudkan persefahaman dan muhibbah di kalangan ahli qaryah dan masyarakat umum.
4.    Kami bersedia menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat.
5.    Kami berusaha mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan sempena hari kebesaran Islam serta menguruskan khairat kematian ahli Qaryah.
6.    Kami sentiasa berusaha menerbitkan bahan-bahan edaran berkala bagi manafaat masyarakat.
7.    Kami memberikan layanan saksama kepada semua permohonan untuk menggunakan kemudahan tempat dan peralatan yang ada di masjid mengikut peraturan yang ditetapkan

0 comments:

Post a Comment