KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN
Kuliah yang sedang disampaikan oleh Dato' Dr. Harun Din.
KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN
Jemaah yang hadir ke masjid dianggarkan 1500 orang.
KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN
Jamuan turut disediakan kepada yang hadir setelah selesai majlis.
KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN
Suasana perkarangan Masjid Al-Hidayah di kala senja, pada hari tersebut.
KULIAH MAGHRIB DATO' DR. HARUN DIN
Para yang hadir mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Dato'.
Sunday, 28 June 2015
23:05
No comments
Thursday, 25 June 2015
PROGRAM IHYA MASJID BERSAMA PU AZIHAL BANGSAWAN
19:03
No comments
Rabu, 03 Jun - Tenaga Nasioanal Berhad Cawangan Perlis yang merupakan bapa angkat masjid Al-Hidayah telah menganjurkan satu ceramah bagi mengisi Program Ihya Masjid. Penceramah tersebut diterbangkan khas dari Lahad Datu Sabah iaitu Azihal Bangsawan. Beliau merupakan seorang daie yang dilahirkan melalui satu program Astro Oasis iaitu PENCETUS UMMAH ( Musim 2 ).
Ceramah tersebut diadakan setelah solat Maghrib berjemaah ditunaikan yang juga diimami oleh PU Azihal.
Ceramah tersebut diadakan setelah solat Maghrib berjemaah ditunaikan yang juga diimami oleh PU Azihal.
IHYA MASJID BERSAMA DR. MAZA ( MUFTI NEGERI PERLIS )
17:56
No comments
Khamis, 26 Mac - Satu program ceramah telah diadakan yang dianjurkan oleh Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Perlis bersama dengan Masjid Al-Hidayah serta bapa angkat masjid iaitu Tenaga Nasional Berhad Cawangan Perlis. Ceramah tersebut disampaikan oleh S.S Dato, Arif Perkasa Prof Madya Dr Asri bin Zainul Abidin yang merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Ceramah yang disampaikan bertajuk "Sabar & Syukur Tonggak Kejayaan" yang diadakan berbentuk dialog menjadikan para hadirin berpeluang bersoaljawab berkaitan masalah-masalah yang dihadapi terutamanya berhubung berkara fiqh. Kehadiran jemaah pada malam tersebut dianggarkan 300 orang.
Saturday, 3 January 2015
SAMBUTAN MAALHIJRAH PERINGKAT NEGERI PERLIS 1435H & PERASMIAN MASJID ALHIDAYAH
16:41
No comments
25 Oktober - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail meminta rakyat tidak cuba meruntuhkan perpaduan yang sedia terbina disebabkan terpengaruh untuk memenuhi tuntutan golongan ekstremis.
Baginda bertitah, ini kerana pihak berkenaan berjuang hanya bagi memenuhi tuntutan sendiri yang boleh merosakkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Kukuhkan perpaduan dengan melakukan penambahbaikan supaya menjadi umat Islam yang lebih berkualiti dalam semua aspek kehidupan,” titah baginda semasa merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat negeri Perlis dan perasmian Masjid al-Hidayah, Titi Beratap, Simpang Empat, dekat sini malam tadi.
Baginda juga berkenan melancarkan Buku Garis Panduan Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man serta barisan Exco kerajaan negeri.
Baginda bertitah supaya rakyat jangan sesekali hilang punca dalam kehidupan, sebaliknya merujuk kepada al-Quran yang boleh memimpin manusia ke jalan yang benar dan diredai Allah.
Titah baginda, jika kesatuan ummah kukuh, maka segala perancangan untuk pembangunan negara akan berjalan dengan lancar.
Pada majlis sama, baginda juga berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1436H negeri Perlis kepada Datuk Mahmud Abdul dan Datuk Ir. Wan Abdul Ghaffar Wan Ahmad yang masing-masing menerima plak, sijil dan wang tunai RM10,000.
Mahmud, 66, anak kelahiran Mata Ayer dekat sini berkelulusan Universiti Al-Azhar dan Universiti Ain Syam, Mesir pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan fasih berbahasa Arab.
Wan Ab Ghaffar, 54, pula anak kelahiran Kelantan yang berkelulusan University College Swansea, United Kingdom serta fasih berbahasa Jepun pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jaminan Mutu Perusahaan Otomobil Nasional Berhad di Shah Alam, Selangor.
Beliau kini sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan MAIPs dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MAIPs Holding Sdn. Bhd. juga banyak memberikan sumbangan dalam memajukan ekonomi terutama pengurusan wang wakaf dan zakat negeri Perlis.
- Sumber Utusan Malaysia -
Sunday, 6 July 2014
BENGKEL PENYEDIAAN PORTAL MASJID PERLIS
22:29
No comments
Padang Katong, 5 Julai 2014
Satu Bengkel Penyediaan Potal Masjid Negeri Perlis telah diadakan di Masjid Al Arifin, Padang Katong, Kangar. Wakil Masjid Al-Hidayah dari Biro Informasi & Teknolgi iaitu En. Roswira B. Ramli, turut dijemput bagi menyertai bengkel tersebut.
Tujuan Bengkel adalah untuk menghasilkan kata putus bagi draf kandungan serta wajah Portal Masjid Negeri Perlis.
Portal tersebut dibina bagi menjadi satu medan perkongsian maklumat seluruh masjid-masjid di negeri Perlis ini.
Portal : http://www.komunitimasjidperlis.org
Subscribe to:
Posts (Atom)